Individu yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui kiriman SMS. SMS akan dihantar kepada penerima pada penggal pertama setiap tahun, atau setelah kemaskini data penerima Bantuan Khas Kerajaan selesai.

Anda juga boleh pergi ke laman utama untuk membuat semakan kelayakan. Dilampirkan tangkap layar berikut sebagai rujukan.

Untuk bantuan lanjut, anda boleh e-mel kami menerusi emel info@mysalam.com.my, atau hubungi talian mySalam di 1 300 88 8938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Perunding mySalam bersedia untuk menjawab pertanyaan dan membantu anda untuk mengemukakan tuntutan. Mereka kini berada di kios di hospital-hospital panel mySalam di seluruh Malaysia. Sila rujuk senarai hospital panel di sini.

Untuk bantuan lanjut, anda boleh e-mel kami menerusi emel info@mysalam.com.my, atau hubungi talian mySalam di 1 300 88 8938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Di mySalam, kami berbangga menjadi sebahagian daripada agenda nasional dalam memastikan perlindungan Takaful untuk rakyat Malaysia yang layak.

Sekiranya anda mempunyai aduan atau maklum balas untuk dikongsi dengan kami, kami ingin mendengar daripada anda. Kami menjemput anda untuk menelefon, menulis atau menghantar e-mel kepada kami, supaya kami dapat memahami masalah yang anda hadapi dengan lebih baik, bagi membolehkan kami meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada anda.

Apa yang ingin kami ketahui:
- sekiranya pengalaman anda melalui perkhidmatan yang kami berikan, memenuhi atau melebihi piawai kami.
- sekiranya anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
- sekiranya kami dapat mengambil langkah atau inisiatif lain untuk meningkatkan lagi taraf perkhidmatan yang diberikan.

Klik di sini untuk melihat maklumat yang kami perlukan daripada anda, apa yang akan kami lakukan setelah menerima maklum balas/ aduan daripada anda dan apa yang harus dilakukan jika anda tidak berpuas hati dengan maklum balas kami terhadap aduan anda.