Penerima mySalam adalah individu yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam. Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemaskini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di atas.
Di bawah peluasan skim mySalam seperti yang diumumkan melalui Belanjawan 2020, penerima Bantuan Sara Hidup kategori Bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun, adalah layak untuk menerima perlindungan yang ditawarkan melalui skim mySalam.
Berikut adalah di dalam kategori Bujang:
- Penerima Bantuan Khas Kerajaan yang merupakan ibu/bapa tunggal (atas sebab perceraian atau kematian pasangan) dan mempunyai anak.
- Penerima Bantuan Khas Kerajaan yang tidak pernah berkahwin
- Penerima Bantuan Khas Kerajaan yang berstatus duda/ janda dan tidak mempunyai anak.
Bermula 2022, perlindungan mySalam telah diperluaskan bagi meliputi penerima Bantuan Khas Kerajaan yang berumur 18 hingga 65 tahun, dan status perkahwinan bujang.
Sekiranya anda atau ahli keluarga adalah berstatus bujang dan masih belum memohon/ menerima Bantuan Khas Kerajaan, kami mengesyorkan anda untuk mendaftar sebagai penerima Bantuan Khas Kerajaan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) yang berdekatan dengan anda, untuk menerima manfaat yang ditawarkan skim mySalam.