CI-07: Keadaan Berkaitan HIV

CI-07:
Keadaan Berkaitan HIV

Manifestasi klinikal bagi AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) mesti disokong oleh keputusan positif ujian antibodi HIV (Virus Kurang Daya Tahan Manusia) dan satu ujian pengesahan. Sebagai tambahan, Peserta/Orang Yang Dilindungi perlu mempunyai kiraan sel CD4 kurang daripada dua ratus (200)/µL dan memenuhi satu (1) atau lebih kriteria berikut:
(i) kehilangan lebih daripada 10% daripada berat badan dalam tempoh enam (6) bulan atau kurang (sindrom susut badan);
(ii) Sarkoma Kaposi;
(iii) Radang Paru-Paru Pneumocystis Carinii;
(iv) leukoensefalopati multifokal progresif;
(v) Tuberkulosis (batuk kering) aktif;
(vi) Kurang daripada seribu (1,000) Limfosit/µL; atau
(vii) Limfoma Malignan.

Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) melalui transfusi darah, dengan syarat semua keadaan berikut dipenuhi:
(i) transfusi darah adalah keperluan dari segi perubatan atau diberi sebagai sebahagian daripada rawatan perubatan;
(ii) transfusi darah adalah diterima di Malaysia atau Singapura selepas kuatkuasa Sijil;
(iii) sumber jangkitan adalah didapati daripada institusi yang memberikan transfuse darah atau institusi yang boleh mengesan punca darah yang dicemari HIV;
(iv) Peserta/Orang yang Dilindungi tidak menghidap hemofilia; dan
(v) Peserta/Orang yang Dilindungi bukan ahli mana-mana kumpulan berisiko tinggi termasuk tetapi tidak terhad kepada pengguna dadah intravena.

Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (hanya jika Peserta/Orang yang Dilindungi merupakan Kakitangan Perubatan seperti takrif di bawah), yang berlaku akibat kemalangan semasa menjalankan tugas pekerjaan yang biasa, apabila penukaran serum (seroconversion) kepada jangkitan HIV berlaku dalam tempoh enam (6) bulan daripada kemalangan. Sebarang kemalangan yang mungkin menyebabkan tuntutan mestilah dilaporkan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada kemalangan yang berlaku serta disokong dengan ujian HIV negatif yang dijalankan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada kemalangan tersebut.

"Kakitangan Perubatan" ditakrifkan sebagai doktor (Doktor Perubatan Am dan Pakar), pengamal perubatan tradisional, jururawat, paramedik, juruteknik makmal, doktor pergigian, jururawat pergigian, pekerja ambulans yang bekerja di pusat perubatan atau hospital atau klinik/poliklinik pergigian di Malaysia. Doktor, pengamal perubatan tradisional, jururawat dan doktor pergigian mestilah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tarikh berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020