CI-06: Keadaan Berkaitan Buah Pinggang

CI-06:
Keadaan Berkaitan Buah Pinggang

Kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang dikemukakan sebagai kegagalan kronik tidak boleh pulih pada kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan dialisis secara berkala dimulakan atau transplan buah pinggang perlu dijalankan.

Diagnosis muktamad Lupus Eritematosus Sistemik yang disahkan oleh pakar reumatologi.

Untuk definisi ini, Kejadian yang Dilindungi akan dibayar jika ia mengakibatkan Lupus Nefritis Jenis III hingga Jenis V, yang dibuktikan oleh biopsi ginjal. Bentuk lain seperti lupus diskoid, atau jenis lain dengan hematologi atau penglibatan sendi sahaja adalah tidak dilindungi.

Klasifikasi Lupus oleh WHO:
Jenis III: Glomerulonefritis Segmen Fokus
Jenis IV: Glomerulonefritis Resap
Jenis V: Glomerulonefritis bermembran

Penyakit buah pinggang keturunan yang progresif dicirikan dengan kewujudan sista dalam medula, atrofi tubular dan fibrisis intestitial dengan manifestasi klinikal seperti anemia, poliuria dan kehilangan natrium dari ginjal, yang menyebabkan kegagalan ginjal kronik. Diagnosis mestilah disokong dengan biopsi ginjal.

Tarikh berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020