CI-05: Keadaan Berkaitan Hati

CI-05:
Keadaan Berkaitan Hati

Nekrosis (kematian tisu hati) yang separa besar (sub-masif) kepada besar (masif) yang disebabkan oleh sebarang virus seperti yang dibuktikan oleh semua kriteria diagnostik yang berikut:
(i) penyusutan saiz hati dengan pantas seperti yang disahkan oleh ultrasound abdomen;
(ii) nekrosis (kematian tisu) melibatkan keseluruhan lobula, meninggalkan hanya satu rangka retikulum;
(iii) ujian kefungsian hati yang semakin merosot; dan
(iv) jaundis yang semakin mendalam.

Jangkitan viral hepatitis atau status pembawa sahaja (termasuk tetapi tidak terhad kepada Hepatitis B dan Hepatitis C) tanpa kriteria diagnostik di atas adalah tidak dilindungi.

Kegagalan hati tahap akhir dibuktikan oleh semua yang berikut:
(i) jaundis kekal;
(ii) asites (lebihan cecair dalam kaviti peritoneal); dan
(iii) ensefalopati hepatik.

Kegagalan hati berpunca dari alkohol atau penyalahgunaan dadah adalah tidak dilindungi.

Lebih daripada tiga (3) serangan radang pankreas yang mengakibatkan ketidakfungsian pankreas kekal yang menyebabkan serapan nutrien tidak sempurna sehingga memerlukan terapi penggantian enzim.

Diagnosis mestilah dibuat oleh seorang pakar perunding gastroenterologi dan disahkan dengan Kolangiopankreatografi Retrograd Endoskopik (ERCP).

Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik disebabkan pengambilan alkohol atau dadah adalah dikecualikan.

Tarikh berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020