CI-03: Otak, Saraf dan Otot

CI-03:
Otak, Saraf dan Otot

Diagnosis muktamad Distrofi Otot oleh pakar neurologi dan mesti disokong oleh kesemua berikut:
(i) penampilan klinikal kelemahan otot yang progresif;
(ii) tiada penglibatan saraf tengah/ periferal sebagai bukti untuk kehilangan gangguan sensor; dan
(iii) hasil penemuan ciri-ciri elektromiogram dan biopsi otot.

Tiada manfaat akan dibayar di bawah Peristiwa Dilindungi sebelum Peserta/Orang Yang Dilindungi mencapai umur 12 tahun tarikh lahir berikutnya.

Elefantiasis diakibatkan dan komplikasi daripada filariasis, dicirikan dengan pembengkakan besar pada tisu dalam badan disebabkan gangguan kekal peredaran dalam salur limfa, menyebabkan Peserta/Orang yang Dilindungi hilang upaya kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Kegiatan Kehidupan Harian yang disenaraikan.

"Diagnosis" Elefantiasis yang jelas mestilah disahkan secara klinikal oleh seorang "Pakar" untuk penyakit berjangkit atau "Pakar" dalam bidang yang relevan, termasuklah pengesahan makmal bagi mikrofilaria.

Limfoedema disebabkan jangkitan daripada penyakit melalui hubungan seks, trauma, parut selepas pembedahan, kegagalan jantung kongestif atau keabnormalan sistem limfa kongenital adalah dikecualikan.

Tarikh berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020

Keradangan teruk bahan otak, mengakibatkan kecacatan fungsian kekal. Kecacatan fungsian kekal mesti mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan Harian.Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai. Kejadian yang Dilindungi mestilah disahkan oleh pakar neurologi.

Ensefalitis dengan kewujudan jangkitan HIV adalah tidak dilindungi.

Pengesahan oleh pakar yang bersesuaian mengenai kehilangan upaya untuk hidup berdikari dan mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.

Hilang penggunaan penuh, kekal dan tidak boleh pulih kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau satu tangan dan satu kaki, akibat lumpuh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.

Keadaan tidak sedar diri tanpa sebarang gerak balas atau tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, yang berterusan untuk sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam, memerlukan penggunaan sistem sokongan hayat dan mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan. Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai. Pengesahan oleh pakar neurologi mesti dikemukakan.

Berikut adalah tidak dilindungi:
Koma diakibatkan langsung daripada penyalahgunaan alkohol atau dadah.

Meningitis bakteria yang menyebabkan radang pada membran-membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kerosakan fungsi kekal. Kerosakan fungsi kekal mesti menyebabkan ketidakupayaan kekal untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh:
(i) seorang doktor pakar yang bersesuaian; dan
(ii) kehadiran jangkitan kuman (bakteria) di dalam cecair serebrospina oleh punktur lumbar.

Untuk definisi di atas, lain-lain bentuk meningitis, termasuk meningitis viral adalah tidak dilindungi.

Menjalani pembedahan ke atas otak di mana kraniotomi (pembedahan bukaan tengkorak) dilakukan di bawah anestesia am.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(i) prosedur lubang gerudi (burr hole);
(ii) prosedur transfenoid;
(iii) prosedur bantuan endoskopik atau lain-lain prosedur invasif secara minimum; dan
(iv) pembedahan otak akibat kemalangan.

Kemerosotan atau hilang keupayaan intelektual yang disahkan dengan penilaian klinikal dan ujian imej diakibatkan oleh Penyakit Alzheimer atau Dementia Teruk yang disebabkan oleh kecelaruan otak organik yang tidak boleh pulih. Kejadian yang Dilindungi ini mesti mengakibatkan pengurangan ketara fungsi mental dan sosial yang memerlukan pengawasan berterusan ke atas Peserta/Orang Yang Dilindungi. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar neorologi.

Berdasarkan definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(i) kecelaruan otak bukan organik seperti neurosis;
(ii) penyakit psikiatrik; dan
(iii) kerosakan otak berkaitan dadah atau alkohol.

Penyakit Creutzfeldt-Jakob atau varian Penyakit Creutzfeldt-Jakob berlaku apabila terdapat defisit berkaitan neurologi, menyebabkan Peserta/Orang yang Dilindungi hilang upaya kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Kegiatan Kehidupan Harian yang disenaraikan. Keadaan ini mestilah didokumenkan dari segi perubatan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan disahkan pakar perunding neurologi dengan ujian bersesuaian seperti keputusan Elektroensefalografi (EEG) dan Saringan Cecair Serebrospina (CSF) yang muktamad serta imbasan Tomografi Berkomputer (CT) dan Pengimejan Resonan Magnet (MRI).

"Sakit" disebabkan rawatan hormon tumbesaran manusia adalah dikecualikan.

Tarikh berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020

Diagnosis muktamad penyakit neuron motor oleh pakar neurologi dengan merujuk kepada atrofi otot tulang belakang, bulbar palsi progresif, sclerosis amiotrofik lateral atau sclerosis lateral utama. Mesti ada kekurangan neurologi kekal bersama dengan simptom klinikal berterusan.

Diagnosis muktamad Penyakit Parkinson oleh pakar neurologi di mana semua keadaan berikut dipenuhi:
(i) tidak boleh dikawal dengan ubat-ubatan;
(ii) menunjukkan tanda-tanda kemerosotan progresif; dan
(iii) pengesahan ketidakupayaan kekal Peserta/Orang Yang Dilindungi untuk melakukan tiga (3) atau lebih daripada Aktiviti Kehidupan Harian tanpa bantuan.

Hanya penyakit Parkinson idiopatik sahaja yang dilindungi. Parkinson yang disebabkan oleh ubat-ubatan atau toksik adalah tidak dilindungi.

Poliomielitis berlaku apabila keadaan berikut dipenuhi:
(i) Virus polio dikenal pasti sebagai punca
(ii) Kelumpuhan otot anggota badan atau otot pernafasan mestilah berlaku dan berterusan sekurang-kurangnya selama tiga (3) bulan.

Tarikh berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020

Nekrosis menyeluruh korteks otak dengan pangkal otak tidak terjejas. Diagnosis ini mestilah disahkan pakar perunding neurologi dan berdasarkan temu janji yang dilakukan di hospital yang dibenarkan. Keadaan ini mestilah didokumenkan dari segi perubatan sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

Tarikh berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020

Diagnosis muktamad sklerosis multipel oleh pakar neurologi. Diagnosis mestilah disokong oleh semua perkara berikut:
(i) siasatan yang mengesahkan bahawa diagnosis adalah Sklerosis Multipel;
(ii) defisit neurologi berbilang yang menyebabkan kecacatan fungsi motor dan deria untuk tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya enam (6) bulan; dan
(iii) sejarah eksaserbasi dan peredaan bagi simptom-simptom yang disebut dan defisit neurologi yang didokumenkan dengan baik.

Kematian tisu otak akibat bekalan darah yang tidak cukup, pendarahan dalam tengkorak atau embolisasi dari satu sumber selain dari kranium yang mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan. Diagnosis ini mesti berdasarkan kepada perubahan yang boleh dilihat pada imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi. Tempoh Penilaian minimum selama tiga (3) bulan adalah digunapakai.


Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(i) serangan iskemia sementara (TIA);
(ii) simptom-simptom serebral yang disebabkan oleh migraine;
(iii) kecederaan traumatik pada tisu otak atau salur-salur darah; dan
(iv) penyakit vaskular yang memberi kesan terhadap mata atau saraf optik atau fungsi- fungsi vestibular.

Kecederaan fizikal di kepala yang mengakibatkan kerosakan kekal terhadap fungsian yang disahkan oleh pakar neurologi. Kerosakan kekal fungsian mesti menyebabkan ketidakupayaan untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama tiga (3) bulan digunapakai.

Tumor benign dalam otak atau meninges dalam tengkorak, di mana semua keadaan berikut dipenuhi:
(i) ia mengancam nyawa;
(ii) ia menyebabkan kerosakan otak;
(iii) ia telah dibuang secara pembedahan ataupun ia telah menyebabkan defisit neurologi yang kekal dengan simptom klinikal berterusan; dan
(iv) kewujudannya mesti disahkan oleh pakar neurologi atau pakar bedah neurologi dan disokong oleh imbasan MRI, CT atau teknik-teknik pengimejan lain yang boleh dipercayai.

Berikut adalah tidak dilindungi:
(i) sista;
(ii) granuloma;
(iii) kecacatan dalam atau pada arteri atau vena otak;
(iv) hematoma
(v) tumor di dalam kelenjar pituitary;
(vi) tumor di dalam tulang belakang; dan
(vii) tumor saraf akustik.